Image

Panduan Pemasangan

Tahukah Anda?

Kerajaan sedang dalam proses memindahkan sistem penyiaran analog yang sedia ada kepada siaran digital. Untuk menikmati siaran digital, anda perlu mendapatkan alat penerima, iaitu dekoder DVB-T2 atau TV digital (IDTV) yang dilengkapi dengan penala digital (digital tuner).

Kelebihan Siaran Digital myFreeview

Imej lebih jelas dengan resolusi lebih tinggi
Audio yang berkualiti tinggi
Penambahan perkhidmatan dan saluran TV
Tanpa bayaran bulanan

Cara mengakses Siaran Digital myFreeview

Cara 1: Dekoder

Set TV biasa
Dekoder DVB-2
Aerial UHF
Sambungkan dekoder DVB-T2 ke TV menggunakan kabel AV/HDMI dan aerial UHF pada terminal aerial TV anda.

Cara 2: IDTV

IDTV
Aerial UHF
Sambungkan aerial UHF pada terminal aerial IDTV anda

Set TV lama memerlukan dekoder DVB-T2 untuk menonton Siaran Digital myFreeview sekiranya ia dilengkapi input AV/HDMI.

Jenis aerial yang boleh menerima Siaran Digital myFreeview:

Aerial Luaran

Pilihan terbaik kerana boleh menerima isyarat dengan stabil sekiranya dihala tepat ke arah pemancar berhampiran. Penggunaan alat “booster” tidak disarankan kerana boleh menggangu penerimaan Siaran Digital myFreeview.

Aerial dalaman boleh menerima isyarat daripada pemancar terdekat, bagaimanapun sukar menerima siaran sekiranya terdapat halangan fizikal seperti gunung, bukit, hutan dan bangunan tinggi.

Cara Pemasangan

Anda perlu ada
Dekoder DVB-T2 & Alat Kawalan Jauh
Kabel AV Dan Adapter Kuasa
Aerial Luaran

Set Dekoder DVB-T2

Sila rujuk Manual Panduan Pemasangan Set Dekoder DVB-T2 untuk arahan terpinci.

Gunakan kabel HDMI untuk TV jenis IDTV

Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Jenis IDTV

Mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM
Tertera perkataan “Digital Tuner” pada manual atau spesifikasi produk.

Masih kurang jelas?

Tonton video berikut untuk panduan atau hubungi Pemasang Berdaftar untuk bantuan lanjut