Image

Soalan Lazim

Umum
Apakah itu penutupan siaran analog (ASO)?

Penutupan siaran analog (ASO) adalah proses penutupan perkhidmatan penyiaran televisyen terestrial analog percuma.

Apakah itu peralihan digital?

Peralihan digital merujuk kepada cara program anda disiar dan diterima dari rumah anda. Semua saluran Free-To-Air (FTA) kini akan menyiarkan kandungan mereka dalam kualiti digital sepenuhnya selepas peralihan analog kepada digital.

Siaran Digital myFreeview

myFreeview merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.

Apakah itu Penyiaran Video Digital – Terestrial Generasi Kedua (DVB-T2)?

DVB-T2 bermaksud Penyiaran Video Digital – Terestrial Generasi Kedua. DVB-T2 diangkat sebagai standard industri di negara-negara utama sekitar Eropah dan Asia. Ia menawarkan kecekapan sistem, kestabilan dan fleksibiliti yang membolehkan penggunaan efisien spektrum terestrial bernilai untuk penyampaian audio, video dan perkhidmatan data kepada alat peranti tetap dan mudah alih.

DTT
Apakah itu televisyen terestrial digital (DTT)?

Televisyen terestrial digital (DTTV atau DTT) adalah teknologi penyiaran TV di mana stesen pemancar bumi (terestrial) menyiarkan kandungan menerusi gelombang radio kepada TV di rumah anda dalam format digital.

Adakah saya dalam kawasan liputan DTT?

Sila semak senarai kawasan liputan DTT terkini menerusi di sini. Sekiranya kawasan anda tidak tersenarai, ini bermakna kawasan anda berada dalam liputan siaran DTH. Penafian:

1. Ramalan adalah berdasarkan antena penerimaan di 10 meter di atas paras tanah dan data peta.
2. Kawasan titik buta yang diramalkan mungkin dapat menerima isyarat DTT pada tahap yang lebih tinggi di atas 10 meter.

Bagaimana untuk mendapatkan Siaran Digital myFreeview ?

Anda boleh membeli set dekoder anda daripada peniaga kami yang sah atau melalui talian. Anda boleh menyemak liputan perkhidmatan DTT di sini

DTH
Apakah itu Direct-to-Home (DTH)?

Perkhidmatan Direct-to-Home (DTH) adalah kaedah penerimaan TV digital menggunakan signal yang dipancarkan terus oleh satelit. Sekiranya sesebuah kawasan itu tidak diliputi DTT, DTH adalah kaedah alternatif untuk menerima Siaran Digital myFreeview.

Penafian:
Kawasan tempat buta berdasarkan analisis perisian ramalan jangkauan, keputusan sebenar mungkin tidak sama dengan ramalan (tertakluk kepada faktor persekitaran dan geografi yang sebenar).
Titik buta disebabkan oleh kekangan atau halangan bangunan bertingkat tinggi tidak disenaraikan.

Bagaimana saya boleh menyemak liputan siaran?

Sila semak senarai kawasan liputan di sini.

Bagaimana untuk bertukar ke myFreeview?

Pertama sekali, semak liputan siaran kawasan anda. Jika anda menetap di kawasan DTH, pastikan jenis peralatan yang diperlukan. Anda boleh membeli decoder DTH beserta dengan alat penerima luaran yang sah menerusi Wakil Penjual kami.

T&C DTH (FOR BSH recipients)
Bolehkah Set Dekoder Percuma ini dipindah milik?

Set Dekoder Percuma BSH tidak boleh dipindah milik, tetapi anda boleh membenarkannya untuk digunakan di alamat yang berbeza dan berada dalam liputan siaran myFreeview. Bagaimanapun anda sebagai penerima adalah bertanggungjawab terhadap Set dekoder tersebut.

Bolehkah saya menukar alamat pemasangan?

Penerima tidak dibenarkan menukar pemasangan alamat kerana ia telah didaftarkan di dalam sistem. Sekiranya perlu, penerima dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan untuk sebarang perubahan. Pihak MYTV tidak bertanggungjawab di atas setiap bayaran tambahan yang dikenakan oleh pemasang berdaftar untuk sebarang perubahan oleh penerima.

Pengaktifan dekoder DTH

Pengaktifan akan dilakukan apabila pemasangan set dekoder (dengan ODU) oleh pemasang di alamat berdaftar untuk pemasangan pertama. Sekiranya berlaku perubahan alamat selepas pemasangan pertama, penerima perlu menghubungi Pusat Pelanggan sebelum sebarang kerja dijalankan. Kos untuk sebarang pindaan / pengubahan / pengaktifan berikutnya ke tempat baru akan dikenakan kepada penerima. MYTV tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan pada alat penerima luaran.

myFreeview
Siaran Digital myFreeview

myFreeview merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.

Bagaimanakah untuk mengakses?

Saluran myFreeview boleh dinikmati menggunakan TV baru dan lama dengan dekoder DVB-T2, atau televisyen berintegrasi digital (IDTV) yang disambung kepada aerial UHF. Untuk menyemak jika TV anda tersedia digital, mohon rujuk spesifikasi model TV berkenaan daripada manual pengguna atau laman web jenama TV tersebut.

Untuk pemasangan sendiri, rujuk Pemasangan.

Penonton juga boleh mengakses Siaran Digital myFreeview menggunakan perkhidmatan DTH

Di mana boleh saya membeli alat penerima yang sesuai?

Anda boleh membeli dan memasang peralatan yang sesuai daripada Wakil Penjual kami. Sila pastikan alat penerima tersebut disahkan oleh SIRIM, mempunyai label DTT/DTTV atau untuk set TV, ia harus dilengkapi penala digital (DVB-T2).

Berapakah saluran myfreeview yang ditawarkan?
SALURAN TV
Saluran TV Nombor
TV1 (HD) 101
TV2 (HD) 102
TV Okey 110
RTM Sports HD 111
RTM Bes HD 123
TV3 (HD) 103
CJ Wow Shop (Melayu) 104
CJ Wow Shop (Cina) 106
NTV7 107
8TV 108
TV9 109
TV Al-Hijrah (HD) 114
Bernama News Channel 121
Astro Go Shop 120
SALURAN RADIO
Saluran Radio Nombor
Nasional FM 701
Traxx FM 702
Minnal FM 703
Ai FM 704
Klasik FM 705
Asyik FM 706

Lebih banyak saluran yang akan ditambah dari masa ke semasa.

Perlukah saya membayar?

Siaran Digital myFreeview adalah percuma dan tidak melibatkan sebarang caj bulanan.

Pemasangan
Bagaimana untuk bertukar ke myFreeview?

Pertama sekali, semak jenis peralatan yang diperlukan dengan memastikan sama ada TV anda tersedia dengan penala digital.

Jika TV anda mempunyai penala digital, anda perlukan aerial UHF. Jika tidak, anda perlukan aerial UHF dan alat penerima (dekoder) DVB-T2.

Anda boleh membeli dekoder DVB-T2 atau IDTV yang sah menerusi Wakil Penjual kami.

Bagaimana untuk memasang?

Langkah pemasangan mudah boleh didapati di sini (jika anda sudah memasang aerial UHF). Sekiranya memerlukan bantuan teknikal, hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan MYTV di 1800-18-1088 atau hubungi Pemasang Berdaftar terdekat.

Adakah pemasangan alat dekoder DTT ini dikenakan bayaran?

Pengguna dekoder MYTV dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri dengan merujuk kepada Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Sekiranya anda memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di 1800-18-1088 atau menghubungi Pemasang Berdaftar MYTV.

Terma & Syarat:
Caj pemasangan akan dikenakan seperti berikut;

  • - Perkhidmatan pemasangan aerial luaran akan dikenakan caj standard RM180.00. Caj ini termasuk untuk set aerial sahaja.
  • - Untuk perkhidmatan penyelenggaraan, setiap lawatan akan dikenakan caj minimum RM50.00.
  • - Jaminan/Waranti untuk pemasangan oleh kontraktor pihak ketiga sah untuk tempoh tujuh (7) hari sahaja. Anda dinasihatkan untuk menghubungi kontraktor berkenaan secara langsung sekiranya menghadapi sebarang masalah teknikal dalam tempoh waranti.
  • - Penggunaan perkhidmatan teknikal dan penyelenggaraan ini adalah atas risiko sendiri dan MYTV tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang mungkin timbul dari penggunaan tersebut.


MAKLUMAN: Perkhidmatan teknikal untuk pemasangan dan penyelenggaraan ini disediakan oleh kontraktor pihak ketiga yang berdaftar dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.

Bolehkah saya menggunakan alat kawalan jauh universal untuk dekoder dan TV saya?

Dekoder MYTV hanya boleh digunakan dengan alat kawalan jauh MYTV sahaja.

Bagaimanakah saya memilih aerial yang sesuai?

Aerial UHF luaran adalah pilihan yang terbaik. Bagaimanapun aerial UHF dalaman juga boleh digunakan sekiranya anda tinggal dalam lingkungan jarak lurus kurang dari 25km dari stesen pemancar. Anda disarankan untuk cuba menggunakan aerial dalaman ataupun luaran yang sedia ada terlebih dahulu. Sila rujuk Peta Liputan untuk mengenal pasti stesen pemancar terdekat di kawasan anda.

Bagaimana jika saya tinggal di bangunan bertingkat? an

Anda boleh menyambungkan terus TV digital atau dekoder DVB-T2 ke sistem MATV (Master Aerial TV System) sekiranya bangunan anda dilengkapi dengan sistem aerial digital berpusat. Sila hubungi pejabat pengurusan kediaman anda untuk mengesahkan kesesuaian sistem MATV sedia ada.

Bagaimana jika saya tinggal di rumah teres?

Aerial dalaman tidak perlu sekiranya anda sudah mempunyai aerial UHF luaran untuk menerima Siaran Digital myFreeview. Anda boleh menyambungkan TV digital atau dekoder terus kepada aerial UHF luaran tersebut. Untuk bantuan teknikal, dapatkan khidmat nasihat Pemasang Berdaftar kami.

Bagaimana jika saya memiliki atau menguruskan bangunan komersial?

Anda boleh menghubungi dan mendapatkan nasihat daripada Pemasang Berdaftar MYTV mengenai sistem Master Aerial TV (MATV) untuk memastikan kelancaran penerimaan siaran digital myFreeview.

Bagaimana untuk mengetahui frekuensi yang sesuai?

Anda digalakkan untuk membuat penalaan dekoder DVB-T2 atau IDTV anda secara automatik bagi mendapatkan siaran myFreeview. Anda juga boleh membuat penalaan secara manual dengan menyemak frekuensi yang sesuai di sini.

B40
B40
Objektif

Program ini merupakan inisiatif kerajaan bertujuan untuk meringankan bebanan isi rumah kumpulan Bawah 40 (B40).

Disebabkan kesukaran sesetengah kawasan menerima siaran analog dan DTT, sebahagian penerima telah dipilih untuk menerima alat penerima DTH disebabkan kesukaran menerima siaran analog dan DTT.

Bolehkah saya memohon?

Penerima Set Dekoder Percuma dipilih dari golongan senarai terbawah dalam senarai B40 sehingga March 2016 dan tidak boleh dipinda.

Adakah saya layak?

Semak kelayakan anda menerusi;
a. Laman web MYTV: www.mytvbroadcasting.my
b. Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1300 80 6988 atau 1800 18 1088

Jika layak,
- Anda akan menerima Surat Notifikasi.
- Set Dekoder Percuma dihantar oleh Pos Malaysia sebelum akhir Mac 2019.
- Sebaik menerima Set Dekoder Percuma, anda boleh memasang dan mengaktifkannya untuk menerima Siaran Digital myFreeview dengan PERCUMA.

Bolehkah Set Dekoder Percuma ini dipindah milik?

Set Dekoder Percuma B40 tidak boleh dipindah milik, tetapi anda boleh membenarkannya untuk digunakan di alamat yang berbeza dan berada dalam liputan siaran myFreeview. Bagaimanapun anda sebagai penerima adalah bertanggungjawab terhadap Set dekoder tersebut.

Terma & Syarat
PEMASANGAN
Adakah pemasangan alat dekoder ini dikenakan bayaran?

Pengguna dekoder MYTV dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri dengan merujuk kepada Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Sekiranya anda memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di 1800-18-1088 atau menghubungi salah satu Pemasang Berdaftar MYTV. Perkhidmatan teknikal untuk pemasangan dan penyelenggaraan ini disediakan oleh kontraktor pihak ketiga yang berdaftar dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.

Terma & Syarat:

Caj pemasangan akan dikenakan seperti berikut;
Perkhidmatan pemasangan aerial luaran akan dikenakan caj standard RM180.00. Caj ini termasuk untuk set aerial sahaja. Untuk perkhidmatan penyelenggaraan, setiap lawatan akan dikenakan caj minimum RM50.00. Jaminan/Waranti untuk pemasangan oleh kontraktor pihak ketiga sah untuk tempoh tujuh (7) hari sahaja. Anda dinasihatkan untuk menghubungi kontraktor berkenaan secara langsung sekiranya menghadapi sebarang masalah teknikal dalam tempoh waranti. Penggunaan perkhidmatan teknikal dan penyelenggaraan ini adalah atas risiko sendiri dan MYTV tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang mungkin timbul dari penggunaan tersebut.

SYARAT DAN TERMA JAMINAN

Unit Dekoder (“Dekoder”) ini adalah dijamin oleh MYTV dari sebarang kerosakan bahan buatan dan pengilangan, selama dua belas (12) bulan dari tarikh pembelian. Kecuali untuk Unit Kawalan Jauh (“UKJ”), tempoh jaminan hanya selama tiga (3) bulan (secara kolektif dirujuk sebagai “Produk”)

Jaminan ini tidak termasuk sebarang kerosakan atau kecacatan berikutan dari kemalangan, silap pasang semula, salah guna, atau sebarang pengubahsuaian atau pertukaran yang tidak bertauliah.

Jaminan akan terbatal dan tidak sah sekiranya dalam tempoh jaminan, apa-apa bahagian dari Produk dikeluarkan, ditukar, diganggu, diselaraskan, diubahsuai, dibongkar, dibaikpulih atau dikendalikan dalam apa-apa cara oleh sesiapa yang tidak dibenarkan dan ditauliahkan oleh MYTV.

Pembeli hendaklah menyertakan Nombor Rujukan Kes dan Borang Pelanggan sebagai bukti asal pembelian bilamana khidmat selepas jualan diperlukan.

Tanggungjawab MYTV di bawah jaminan ini terhad kepada tukar ganti Dekoder dan UKJ yang rosak sahaja. MYTV tidak bertanggungjawab atas sebarang akibat langsung, kesan sampingan, atau kerosakan tidak langsung walau apa jua sebab sekalipun berikutan dari atau berhubung dengan kegunaan, ketidakboleh gunaan, prestasi Produk, termasuk tanpa had kepada kehilangan keuntungan, kehilangan perniagaan, atau kerosakan kepada harta benda lain disebabkan oleh kerosakan Produk.

Jaminan yang dinyatakan disini merupakan jaminan tunggal dan eksklusif berkaitan Produk, dan tiada sebarang jaminan atau pernyataan, sama ada secara lisan, bertulis, jelas, atau tersirat termasuk tanpa had kepada jaminan kualiti yang tersirat, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. Setakat mana apa-apa jaminan yang tertera di sini tidak boleh dikecualikan, jaminan tersebut hendaklah terhad kepada syarat-syarat jaminan dan tempoh jaminan yang diperuntukkan di sini.

POLISI PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

MYTV Broadcasting Sdn Bhd (“MYTV”) mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan prihatin serta komited terhadap perlindungan dan privasi butiran peribadi anda. Untuk membolehkan kami menyediakan produk dan khidmat kami, dan beroperasi secara efisien dan berkesan, kami perlu mengumpul maklumat peribadi berkaitan daripada anda.

MYTV boleh mendedahkan data peribadi anda kepada sekutu kami atau pihak ketiga, yang terlibat dalam memberikan khidmat bagi pihak MYTV dan dengan berbuat demikian, MYTV akan mematuhi semua undang-undang berkaitan, peraturan-peraturan dan standard industri.

Dengan ini anda menerima dan bersetuju dan menerima bahawa dengan membuat pendaftaran dan/atau menggunakan produk dan khidmat secara berterusan, anda memberi kuasa dan kebenaran kepada MYTV untuk memproses data peribadi dan bilamana perlu, mendedahkan kepada pihak berkuasa Kerajaan berkaitan apabila terdapat keperluan undang-undang atau kelas pihak ketiga yang dikenalpasti oleh MYTV bagi tujuan MYTV memberikan khidmat dan produk kepada anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau aduan berkenaan pemerosesan data peribadi anda oleh MYTV, atau anda inginkan akses, dan/atau membetulkan dan menghadkan pemerosesan data anda dibawah undang-undang yang terpakai, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088.